Sinopsis Buku Harian Baim

Kehidupan Baim terasa sempurna, bagaimana tidak budak berusia empat tahun itu mempunyai ibubapa yang baik hati. Semua orang menyayangi Baim. Di sebalik kebahagiaan itu, Baim ternyata menghidapi penyakit Spiniccerebellar Degeneration, iaitu penyakit yang kekurangan cairan otak sehingga dapat menyebabkan kelumpuhan.

Aisha Alya, ibu kepada Baim hanya boleh menenggok keadaan anak kesayangannya itu. Maklumlah, hidup Baim ibarat hanya menghitung hari saja. Hingga pada suatu hari keadaannya parah sehingga harus dibawa ke hospital.

Baim yang keesokan harinya menyambut hari lahir menolak untuk diajak berjumpa doktor. Setelah terdiam sejenak, Alia pun menjelaskan bahawa kedatangan Baim dapat membahagiakan pesakit yang lain di hospital.